Pageviews past week

Wednesday, March 23, 2011

Liverpool, Chelsea uji kemampuan Harimau Malaya

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan kelab terkemuka Liga Perdana England (EPL), Liverpool dan Chelsea akan mengadakan perlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Julai ini.
Selain Liverpool dan Chelsea, sebuah lagi kelab dari EPL turut memilih Malaysia sebagai gelanggang untuk perlawanan pra-musim itu, namun identiti pasukan ketiga itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia difahamkan ialah pasukan Arsenal.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya telah mendapat persetujuan daripada kedua kelab tersebut dan tarikh perlawanan akan diumumkan pada masa akan datang.
"Setakat ini, Liverpool dan Chelsea telah mengesahkan kehadiran masing-masing dan pasukan ketiga akan diumumkan dalam tempoh terdekat," katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.
Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.
Sementara itu, pasukan The Blues pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008.
FAM masih lagi meneruskan usaha mengatur perlawanan persahabatan berkelas A biarpun sebelum ini berkesudahan dengan Harimau Malaya hanya akan menentang pasukan berstatus kelab iaitu FC Etoile dari Liga Singapura.
Azzudin berkata, ia bertujuan mengisi kekosongan jadual pada April dan Mei dan FAM sedang berusaha menghubungi pasukan-pasukan kebangsaan sekitar Asia bagi memohon mengadakan perlawanan dengan mereka.
"Setiap bulan para pemain skuad Harimau Malaya akan dihimpunkan untuk menjalani latihan berpusat dan kami mengharapkan sekurang-kurangnya mereka bermain satu perlawanan persahabatan.
"Untuk bulan Mac ini, FAM sudah mencuba lapan persatuan namun atas komitmen masing-masing, permohonan kita ditolak... tetapi kami tetap teruskan usaha mendapatkan perlawanan berkualiti untuk Harimau Malaya," katanya.
Tambah Azzudin, skuad kendalian K. Rajagobal akan bertandang ke Hong Kong pada 3 Jun depan untuk satu lagi perlawanan persahabatan dengan negara Asia Timur itu.
Ia merupakan perlawanan kedua di antara kedua-dua pasukan selepas Malaysia membenam Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam pada aksi persahabatan 9 Februari lalu.
"FAM sudah membuat perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) bahawa kita akan ke Hong Kong untuk perlawanan timbal balik, jadi untuk Jun, kita tidak perlu risau, malah Harimau Malaya juga akan beraksi dalam pusingan kedua kelayakkan Olimpik," jelasnya.
Malaysia akan mengetahui siapakah lawannya pada undian akan dijalankan pada 30 Mac ini.

Saturday, March 12, 2011

Ego Kelantan berakhir

Ego Kelantan tanpa kalah berakhir, malam tadi apabila tewas kepada pasukan tetangga, Pahang dan terpaksa berkongsi kedudukan selaku pendahulu Liga Super bersama Selangor dan Felda United yang masing-masing pulang dengan mata penuh.
Sambil itu, percaturan Kedah membawa masuk Radhi Mat Din selaku jurulatih baru membawa impak serta merta apabila tuan rumah yang menurunkan ramai pemain kebangsaan berjaya mengatasi Terengganu 2-1 di Stadium Darulaman.
Radhi yang masuk menggantikan Ahmad Yusoff yang direhatkan pengurusan atas desakan peminat, menyaksikan anak buahnya terpaksa bangkit daripada ketinggalan jaringan oleh pelawat, Reeshafiq Alwi pada minit ke-30 sebelum Khyrill Muhymeen Zambri (m-63) dan Firdaus Fauzhi (m-67) menyelamatkan maruah Hijau Kuning.

Di Stadium Darulmakmur, Pahang menghadiahkan kekalahan pertama buat Kelantan musim ini apabila membenam pendahulu liga itu 2-0 hasil jaringan R Surendran (m-43) dan Mohd Faizol Hussin (m-90).

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kapten Mohd Amri Yahyah dan Safiq Rahim mencipta kebangkitan 2-1 ke atas Negeri Sembilan.

Ketua pasukan skuad kebangsaan, Safiq Rahim mengumpan cantik untuk Amri menolak masuk pada minit ke-61 untuk menafikan gol pembukaan menerusi penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-11. Safiq kemudiannya menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-79.
Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Felda United menafikan permulaan yang diimpikan jurulatih baru, Salim Tofel dengan Perlis terus dirundung kekecewaan apabila kecundang 2-0.

Salim yang menggantikan Moshtakeen Omar yang meletak jawatan, gagal menyuntik inspirasi buat anak buahnya yang terpaksa akur kepada jaringan pembukaan Zamri Chin minit ke-40 disusuli gol kedua Farderin Kadir pada minit ke-56.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team seri 0-0 ketika menentang Perak.

Monday, February 28, 2011

Amaran Awal Safee Sali di Liga Super Indonesia

SETELAH meledak dua gol pada aksi persahabatan pertamanya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya, Khamis lalu, penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali (gambar) terus menunjukkan ketajaman sentuhan penyudahnya.
Pada aksi persahabatan kedua menentang Pra PON DKI Jaya di padang latihan kelab di Sawangan, Jawa Barat petang semalam, Safee, 27, berjaya menjaringkan satu gol untuk membantu Pelita Jaya mencatat kemenangan 2-0.
"Pada perlawanan tadi (semalam), saya beraksi penuh 90 minit. Saya menjaringkan gol kedua manakala Juan Ra- mirez (penyerang dari Paraguay) menjaringkan gol pertama pasukan.
"Perlawanan ini lebih sengit berbanding ketika kami menewaskan Ragunan FC 6-0 pada Khamis lalu kerana pasukan Pra PON DKI Jaya ini lebih kuat..
Namun ujian sebenar Safee bakal hadir pada Sabtu ini apabila dia akan turun beraksi untuk perlawanan rasmi pertamanya dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL) bertemu Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang.
"Dari segi keserasian dengan rakan sepasukan lain, saya rasa tiada masalah kerana sudah dua minggu bersama mereka. Saya juga sudah membiasakan diri dengan corak 'one touch football'.
"Cuma dua pemain import baru Pelita Jaya yang dibawa dari Australia hanya akan tiba esok (hari ini) dan kami akan cuba untuk membentuk keserasian cepat dengan mereka," ujar Safee.
Safee yang menyarung jersi No. 10 pasukan Pelita Jaya mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang beraksi dalam saingan ISL dan diberi harapan besar untuk memperbaiki kedudukan kelab itu yang kini berada di tangga tercorot liga.

Wednesday, February 23, 2011

Skuad Harimau Cakar Skuad Karpet

Ibarat kucing bertemu dengan benang itulah dapat di klasifikasikan pertemuan antara skuad malaysia dengan pakistan di stadium shah alam yang menyaksikan kemenangan 2-0 terhadap skuad dari pakistan.penguasaan skuad malaysia dilihat jelas setelah menjaringkan gol seawal minit ke 3 hasil dari tendangan wan zaharul nizam zakaria (kecik).skuad pakistan juga melancarkan beberapa serangan berbahaya yang berjaya dipatahkan penjaga gol negara khairul fahmi dalam isi mencari gol di tempat lawan.namaun dalam keghairahan mereka mencari gol skuad pakistan terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Ansar Abbas
dengan sengaja menendang perut khairul fahmi dan diberikan kad merah.malaysia sekali lagi menjaringkan gol pada masa tambahan separuh masa pertama menerusiirfan fazail pada minit ke 48 menjadikan kedudukan 2-0.keputusan kekal pada akhir perlawanan malaysia menang terhadap pakistan 2-0.skuad my malaysia sport telah memilih  muslim ahmad sebagai pemain terbaik dalam perlawanan pada malam ini.kerana berjaya mematahkan banyak percubaan pakistan.

Tuesday, February 22, 2011

sorakkan penonton jadi senjata

SAYA masih yakin sorakan penyokong menjadi faktor pembantu yang kuat untuk cabaran kami,” kata penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat menjelang pertemuan menentang Pakistan dalam kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, malam esok.
Penjaga gawang Kelantan yang menjadi antara 18 pemain terakhir dipilih semalam meminta rakan sepasukan lain mengaut peluang beraksi di halaman sendiri untuk mendapatkan modal selesa sebelum menentang lawan sama dalam perlawanan kedua di Lahore pada 9 Mac ini.
“Saya yakin dengan sokongan padu peminat terhadap skuad kebangsaan, kita mampu mencatat kemenangan di Stadium Shah Alam nanti. Saya akan cuba sebaik mungkin memastikan gawang negara tidak dibolosi dengan mudah oleh lawan,” kata Fahmi yang mula menyertai kem latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak Sabtu lalu.

Empat pemain negeri dengan selebihnya pemain Harimau Muda A mengisi senarai 18 pemain skuad kendalian Ong Kim Swee, yang berdepan dua misi penting tahun ini - kelayakan Olimpik 2012 dan mempertahan pingat emas Sukan Sea, November ini.

Sandaran Kim Swee memastikan Pakistan berputih mata dalam kunjungan ke Shah Alam, terletak di bahu barisan pertahanan kental diterajui Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohammad Fadhli Mohd Shas dan Mohd Faizal Muhamad.

Bagi mempertajam jentera serangan yang kehilangan khidmat Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Awari Ibrahim akibat kecederaan, Kim Swee memanggil dua tonggak Kedah, Ahmad Shakir Ali dan Faizal Abu Bakar serta penyerang Negeri Sembilan, Mohd Fakri Saarani.
Mahali Jasuli, K Gurusamy, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor kemungkinan diberi kepercayaan sebagai perancang utama di bahagian tengah untuk mencorak permainan skuad Olimpik negara sekali gus merobek gawang Pakistan yang dikawal pemain kelab Denmark (Birkerod IF Skjold), Yousof Ejaz Butt.

Tiket perlawanan akan dijual mulai, hari ini di Wisma FAM, Kelana Jaya daripada jam 9 pagi sehingga 5 petang dengan harga RM20 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

Friday, February 18, 2011

t-team tidak beri laluan mudah untuk kelantan

indra putra bakal bertemu dengan pasukan lamanya kelantan setelah menyertai t-team
mestipun tewas pada saingan piala fa kepada kelantan pasukan t-team tidak memberikan kemenangan mudah kepada kelantan setelah berjaya mengikat kedudukan seri pada akhir masa tambahan.gol pertama berjaya diperolehi kelantan hasil sepakan sudut dan rembatan deras pemain kelantan. pada minit ke 50.namun kedudukan 1-0 tidak lama dipertahankan oleh kelantan selepas indra putra meledakkan jaringan gol untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 60.T-Team hampir menjaringkan gol selepas Indra cuba menanduk masuk. Tetapi tandukannya lemah, mudah untuk diselamatkan khairul fahmi.kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.kemenangan ditentukan dengan sepakan penaltidan kelantan berjaya mengatasi t-team dengan penalti 6-5 setelah Nor Fazli Alias gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk t-team.

safee sali di pelita jaya

PENYERANG kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali berasa teruja selepas mengikuti sesi latihan pertama bersama kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya pagi semalam.
Selepas diperkenalkan pada satu majlis khas oleh pihak pengurusan Pelita Jaya setibanya di Jakarta pada Isnin lalu, Safee mula turun berlatih di Pusat Olahraga Pelita Jaya, Sawangan, Jakarta Selatan, semalam.
"Pada hari pertama latihan, rasa seronok kerana dapat berjumpa rakan baru dan merasai tempat baru.
"Fasiliti kelab sangat bagus dan para pemain lain juga cukup mesra. Cuma corak latihan berbeza sedikit dan pasukan ini banyak bermain one touch football.
"Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan mendoakan saya di sini," kata Safee menerusi laman Facebook rasminya, 'SafeeSali_10 Official' semalam.
Sesi latihan pagi semalam dikendalikan dua penolong jurulatih Pelita Jaya iaitu I Made Pasek Wijaya dan Djadjang Nurjaman memandangkan ketua jurulatih, Miodrac Radovic berada di Australia.
Menerusi laman Facebook itu juga, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim yang turut menyaksikan sesi latihan itu berkata, Safee kelihatan tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri.
"Dia (Safee) nampak enjoy dan cepat menyesuaikan diri. Tapi dia nampak agak penat kerana sudah empat hari tidak turun berlatih sejak tiba di Jakarta Isnin lalu.
"Esok (hari ini), skuad Pelita Jaya akan bertolak ke satu tempat peranginan di Punchak, Bandung untuk latihan pusat hingga 25 Februari sebelum aksi pertama pusingan kedua ISL pada 7 Mac menentang Persib Bandung," kata Zakaria.
Selain Safee, empat pemain import Pelita Jaya yang lain turut kelihatan pada sesi latihan pagi semalam iaitu penyerang dari Paraguay, Juan Ramirez, Tomoyuki Sakai, Shibakoya Yuichi (Jepun), Walter Benitez (Argentina) dan Coulibaly (Mali).