Pageviews past week

Saturday, January 29, 2011

kelantan masih kebal?

Selepas menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah dengan bergaya setelah menumpaskan Selangor di Stadium Shah Alam. Pasukan Kelantan kelihatan masih kebal dan tidak mampu di tembusi oleh mana-mana pasukan bola sepak yang lain lagi di Malaysia ini.Namun apakah prestasi akan berterusan tanpa khidmat beberapa pemain yang bersama-sama kelantan ketika menjadi juara kepada piala Malaysia seperti Indra Putra mahyuddin yang berhijrah ke pasukan T TEAM, Akmal rizal berhijrah ke pasukan PERAK dan selainnya.Tambahan pula kebangkitan pasukan-pasukan baru seperti FELDA UNITED yang menjuarai liga perdana pada 2010,pasukan johor fc yang berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia setelah menunjukkan prestasi hambar pada perlawanan sebelumnya dan juga kejayaan pasukan T TEAM mendapatkan khidmat penyerang berbisa Kelantan Pada musim lepas Indra Putra Mahyuddin Serta pasukan-pasukan lain yang yang tidak kurang hebat aksinya.Situasi ini menjadikan pasukan Kelantan mengalami Tekanan menjelang persaingan Liga Super 2011.tambahan pula keputusan FAM mengantung Jurulatih Pasukan Kelantan Sathianathan ekoran melemparkan kritikan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang dipengerusikan Datuk Che Mat Jusoh mengenai perlawanan terengganu dan perlis yang sepatutnya diadakan di stadium kangar namun di ubah ke stadium terengganu akibat masalah teknikal.dengan kejadian ini adakah kelantan masih mampu berada di pasukan teratas liga super dan mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia dan adakah Kelantan masih Kebal?


1 comment: