Pageviews past week

Monday, February 7, 2011

semangat sapura takkan luntur

BIARPUN misi memburu empat kedudukan terbaik dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) 2010/11 dilihat mustahil, namun Sapura enggan menyerah kalah begitu sahaja.
Juara empat kali LHM itu kini berada di tangga kelima dengan mengumpul 21 mata - terbaru, mereka mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan UiTM 2-1 di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.
Kejayaan tersebut jelas penting bagi skuad kendalian I. Viknesawaran atau Vicky itu dalam misi mereka memburu kedudukan kedua atau ketiga bagi mengelak bertemu pasukan pilihan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dalam saingan Piala TNB nanti.
Justeru Vicky berkata, Sapura akan tetap berusaha memenangi baki tiga lagi perlawanan meskipun terpaksa bersaing dengan pencabar lain seperti TNB, Yaya- san Negeri Sembilan (YNS) dan juga UniKL.
"Peluang untuk menduduki tempat kedua atau ketiga masih ada, walaupun ia nampak seperti mustahil," kata Vicky semalam.
"Tempat ke suku akhir sudah dalam tangan tetapi kami harap dapat mengelak paukan pilihan seperti KLHC atau TNB dalam Piala TNB.
"Oleh itu kami harus menang semua baki tiga perlawanan sambil berharap tiga pasukan lain tersilap langkah. Namun KLHC sudah sukar dikejar ketika ini."
Pada aksi semalam, gol pertama Sapura diperoleh menerusi Ahmad Kazamirul Nasruddin yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-19.
Kazamirul kemudian sekali lagi memberi kelebihan kepada Sapura pada minit ke-62 sebelum UiTM berjaya mengurangkan defisit kepada 2-1 hasil jaringan Muhd. Zul- hafiz Mohd Ali.
"Kemenangan ini amat penting bagi kami. Bukan mudah menentang UiTM, mereka tidak banyak memberi ruang dan prestasi mereka juga banyak meningkat.

No comments:

Post a Comment