Pageviews past week

Monday, January 31, 2011

chong wei tewas lagi

Badi tanpa kemenangan terus menghantui Chong Wei dan atas rekod, Lin Dan sudah 15 kali menewaskan musuhnya daripada 22 pertemuan dengan kejayaan terakhir menyusul apabila dia menang pingat emas di Sukan Asia 2010.

Apapun, jaguh negara yang memenangi dua kejohanan utama dalam tempoh sebulan - Kejohanan Akhir Siri Super Masters di Taiwan pada 9 Januari lalu dan Terbuka Malaysia pada 23 Januari lalu - tidak memberi laluan mudah kepada lawan apabila mengheret perlawanan yang memakan masa satu jam 15 minit.
Kejayaan Lin Dan itu adalah kejuaraan pertama siri super untuk dirinya, tahun ini - kebetulan seminggu selepas Chong Wei membuka musim baru dengan mempertahankan mahkota kejuaraan Terbuka Malaysia di Bukit Jalil.

No comments:

Post a Comment