“Ketika bertemu Kuala Lumpur kami sukar mendapat rentak berikutan keadaan permukaan padang yang teruk. Bagaimanapun, malam esok (ini) permainan akan dijalankan atas padang yang jauh lebih baik.
“Saya yakin kami mampu bermain mengikut rentak dan keuapayaan biasa,” kata Shahrulnizam selepas latihan semalam.
Menurut pemain itu lagi, rakan sepasukan juga bertekad mengutip kemenangan malam ini sebagai penghargaan kepada sokongan pelbagai pihak kepada pasukan itu.
“Inilah masanya kami membalas sumbangan dan sokongan pihak terbabit termasuk penyokong tempatan. Justeru, kami perlu menang bagi meningkatkan keyakinan umum terhadap kemampuan pasukan,” katanya.
Shahrulnizam berkata, berdasarkan semangat semasa latihan dua hari selepas perlawanan dengan Kuala Lumpur, tuan rumah turun dengan keyakinan dan semangat tinggi untuk bertemu pasukan Lebah yang dikendali Azuan Zain.
Begitupun, bekas pemain tengah kebangsaan itu berharap rakan sepasukan tidak terlalu yakin kerana bimbang memakan diri apatah lagi lawan juga bukan calang-calang pasukan.
“Saya harap mereka tidak melakukan kesilapan. Ketika bertemu Kuala Lumpur kesilapan menyebabkan Perak kerugian dua mata dan kami mesti sifar kesilapan,” katanya.
No comments:
Post a Comment